Selasa, 18 November 2014

AIS KRIM BUATAN SENDIRI :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Online Kami :) AIS KRIM BUATAN SENDIRI :) 



Ais Krim Jagung

Bahan2nya:
1 tin jagung  (lebih elok yg creamy)
Gula dan air
Pewarna hijau / kuning

Plastik ais krim
 

Cara2nya:
Masak gula sampai larut dan mendidih. Kemudian masukkan jagung tadi. Biar sampai sebati. Rasakan manisnye. Kalau dah puas hati tutup api, bubuh pewarna hijau atau kuning dan biar sejuk.. Lepas tu leh la teruskan dgn masukkan ia ke dlm plastik, diikat dan disimpan didlm peti ais.. hehe..

 
Ais Krim Asam Boi

Bahan2nya:
Asam boi biji
Perisa asam boi (Double Lion)
Gula dan air
Plastik ais krim

Cara2nya:
Masak air gula dan masukkan perisa asam boi. setelah mendidih tutup api
dan biar sejuk. Kemudian boleh la masukkan ia ke dlm plastik, masa nak ikat aiskrim tu, masukkan sebiji asam dlm tu ye, diikat dan simpan dlm peti ais.. hehe..


Ais Krim Nenas

Bahan2nya:
1 tin nenas
Gula dan air

Pewarna kuning
Plastik ais krim
 

Cara2nya:
Masak gula sampai larut dan mendidih. Kemudian tuangkan nenas dalam tin tadi. Rasakan manisnye. Bila dah puas hati, leh la tutup api ye, bubuh pewarna kuning dan biar sejuk. Kemudian tuang dlm plastik aiskrim dan diikat. Sejukkan dlm peti ais. Kalau nak rasa nenas tu n kesedapannye leh gune nenas ranum, potong kiub/kecik2, kemudian rebus. dan letak la gula bila nenas dah lembut, nyum sedappp.. hehe



SELAMAT MENCUBA...




Selasa, 11 November 2014

PETUA ORANG2 TUA :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Online Kami :) PETUA ORANG2 TUA :)


ARI NI KTE CITE PSAL PETUA PETUA ORANG TUA DLU2 YE.. HEHE.. ANTARANYA IALAH... JENG JENG JENGGG...



Melegakan Cirit Birit
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.
2. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit,



Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan semalaman. Kemudian minum airnya.



Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Kerap duduk mengadap kiblat.
4. Makan lobak putih selalu.



Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.



Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.



Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.



Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.



Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

 

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam , minum tiga kali sehari.




Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
1. Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.
2. Ambil sedikit kapur makan dan sapu dibahagian nyamuk gigit tadi Insyaallah akan hilang gatal dan kesan gigitan nyamuk. 


Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
Sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.


Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air asam jawa  pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.



Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.



Merawat Luka
Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.


Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. letak minyak masak skit kt cili yang dah disalai td, lepas tu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.



Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang baru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

 

Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.



Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.



Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.



Bayi Selesema
1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
2. Ambil sedikit kunyit hidup asah /atau gosok kat belakang batu tumbuk, ambil airnya dan sapu kat hidung bayi.

 

Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

 

Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

 

Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air biasa.

 

Batu Karang
1. Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.
2. Ambil 3 biji sengkuang biasa, makan setiap hari sebiji  bagi habis selama 3 hari, Insyaallah penyakit batu karang akan sembuh.

 

Bengkak-bengkak di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.

 

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
2. Segera beri minum air kelapa yang muda.

 

Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

 

Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari.

 

Telinga Dimasuki Serangga
1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
2. sapukan minyak angin dibelakang telinga ,biarkan sekejap nnti semut akan keluar sendiri.

 

Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.

 

Lelah
Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.

 

Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.




INI SAJE UNTUK PETUA KALI NI, NNTI ADE LG, SY KONGSIKAN UTK KEBAIKAN BERSAMA YE.. HEHE.. JMPE LG..




SELAMAT MENCUBA..




PETUA KECANTIKAN & KESIHATAN : KHASIAT DAUN KARI :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Online Kami :) PETUA KECANTIKAN & KESIHATAN : KHASIAT DAUN KARI :)


Kali ni kte cite psal khasiat daun kari ye, mungkin ramai lg yg xtau khasiat yg ade pd daun kari ni an (sy pun baru tau ni, hehe).. Jommm kte kongsi bersama2 utk kebaikan kte smue.. hehe..


Khasiat Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri :




- Minum air rebusan daun, akar,kulit kayu,batang dan bunga kari. Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.

- Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.

- Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.
 

- Jika terkena patukan ular, minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam. Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.
 

- Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
 

- Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
 

- Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung, campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
 

- Untuk menghilangkan sembelit, rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.

haa ni la smue antara khasiat2 daun kari, hehe.. sy amek dari Secret Legacy Trading.. bole la ke situ untuk lbh byk lg mengenai kecantikan dan kesihatan.. haaaa lagi satu pucuk daun kari ni sedap aw klau buat ulam mkn dgn smbal belacan, nyumm nyumm nyummm.. hehe..



 SELAMAT MENCUBA..


Rabu, 5 November 2014

SET TILAM BABY BERKELAMBU :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Online Kami :) SET TILAM BABY BERKELAMBU :) Tilam Berkelambu, Sleeping Bed, Set Combo










APAKAH CIRI2NYA:

TILAM BERKELAMBU  
Tilam bentuk segi empat 
Kelambu ada zip 
SET termasuk tilam dan kelambu 
1pc bantal 
2pcs bantal peluk

SLEEPING BAG 
Anggaran Ukuran Tilam : 59 cm x 33 cm
Anggaran Ukuran Selimut : 40 cm x 22 cm

kain cotton, sgt selesa untuk si manja anda dan tidak panas
Tilam Berkelambu dan Sleeping Bag ini mudah dipasang dan senang dibawa kemana2
Sesuai untuk baby bawah 2thn 


 


 Set Combo Baby

(Tilam Berkelambu + Sleeping Beg) 

RM90

(Semenanjung - FREE POS)
(Sabah/Sarawak - ADD RM10)



Kepada yang berminat!!!
Sila Pilih design
 
KEMUDIAN SMS/WHATAPPS KE 017-3732586
NAMA :
ALAMAT LENGKAP :
NO TEL :
DESIGN :
QUANTITI : 


PROMOSI SET CADAR 3D AUSSIMO MURAH :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Online Kami :) PROMOSI SET CADAR 3D AUSSIMO MURAH :) KOD SPR 1 SET CADAR 3D 7pcs : 1pcs Queen Fitted 4pcs Sarung Bantal 1pcs Sarung Bantal Peluk 1pcs Selimut (bukan toto/comforter) material 100%cotton

KOD SPR 1 SET CADAR 3D AUSSIMO


7 PCS-QUEEN SIZE
1 PCS CADAR FITTED (152 cm x 190 cm x 25 cm)
4 PCS SARUNG BANTAL (45 cm x 70 cm)
1 PCS SARUNG BANTAL PELUK
(35 cm x 106 cm)
1 PCS SELIMUT
(200 cm x 230 cm) - NI BUKAN COMFORTER/TOTO



material 100%cotton


Harga Asal sebelum harga dari kami dan promosi



PROMOSI MURAH MURAH!!!
GRAB IT NOW!!!


























  Harga ASAL RM 299.90/UNIT
 Harga KAMI RM 200.00/UNIT


PROMOSI RM 150.00/UNIT 
(Semenanjung - FREE POS)
(Sabah/Sarawak - ADD RM10)
              
Berminat???
Sila Buat Tempahan Dahulu Kerana Stok Terhad!!!
 Cepat Sebelum Promosi Tamat!!!


Kepada yang berminat!!!
Sila Pilih design dan quantiti
 
KEMUDIAN SMS/WHATAPPS KE 017-3732586
NAMA :
ALAMAT LENGKAP :
NO TEL :
DESIGN :
QUANTITI : 


Ahad, 2 November 2014

BEDAK SEJUK HERBA :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Online Kami :) PETUA BEDAK SEJUK HERBA :)


Bedak Sejuk Herba
 
Bedak Sejuk merupakan bedak tradisional yg digunakan sejak zaman nenek moyang kita sehinggalah sekarang dan bukan perempuan je tau leh pakai tapi lelaki pun leh, kihkihkih.

Bedak sejuk mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya, salah satu ialah ia berfungsi menyejukkan kulit muka akibat terkena sinar matahari pada siang hari yg terik. Selain itu, bedak sejuk juga dpt menyejukkan badan bayi, menyembuhkan sakit demam, ruam, atau penyakit lain.

Bagi orang-orang yang sudah berusia, dengan penggunaan bedak sejuk secara rutin, ini dapat membantu mereka memiliki wajah baby face gitu dan xde wrinkle2, hehehe, senang cite awet muda la katakan hehe. Bedak Sejuk juga elok untuk digunakan bagi mengubati masalah kulit berjerawat atau luka parut bekas campak.

Cara membuat bedak sejuk ini sangatlah mudah, senang dan tnpa mengunakan cost yg banyak, nak kena beli itu ini, just boleh guna brg2 yg da de kt dpur tu je, hehe. Bedak Sejuk pembuatan sendiri ini jimat, mudah dan selamat digunakan tanpa risau adanya bahan2 kimia seperti mercury dan lain2.

Untuk Orang yg cm sy ni, dah macam2 ubt yg sy cuba n pakai sbb kulit sy ni jenis bermasalah skit, n smpai lah terpiki nk buat ubt sendri tau hehe, n last2 jadilah bedak sejuk ni, hehe, alhamdulillah ok n puas ati la sbb koz xbyk guna n tak risau ngn bahan2 yg digunakan, cume kne rajin n bersabar skit lah sbb makan masa skit an nak elok klau ubt traditional ni.. hehe..

Antara kelebihan pemakaian bedak sejuk ni:
1.Membantu pengecutan jerawat
2.Membantu menghilangkan jerawat dan parut
3.Melicinkan kulit muka
4.Menanggalkan sel kulit mati
5.Membantu menyejukkan kulit
6.Membersih dan menegangkan wajah
7.Memberi kesegaran pada kulit
8.Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka
9.Mengecilkan pori-pori
10.Awet muda pun boleh, hehehe


Bahan2nya:
  1. Beras  agak2 nak buat banyak mana dan di bersihkan.
  2. Air daun pandan, ni nak bagi wangi n de cakap air daun pandan elok untuk resdung.
  3. Bunga Melur, Bunga Tanjung, dan Bunga Cempaka, ni de pun ok n xde pun xpe, ni utk wangi2 je :).
  4. Akar2 dan rempah2 yang berkhasiat, seperti habatus sauda, kayu manis, kunyit hidup dan lain2 lagi.
  5. boleh jugak campur air asam jawa, yg mana elok bagi melembutkn kulit.
  6. Air dari daun senduduk, ini elok untuk parut dan jerawat. kalau xde pun xpe, tp klau ade lg bagus.. hehehe.. ini guna masa nak pkai bedak sejuk tu nnti..

Cara2nya:
  1. Beras yg dah dibasuh dan dibersihkan.
  2. Kemudian rendam beras dalam air daun pandan selama 3 hari, cam saya 7 hari rendam, de yg buat 44 hari n de yg berbulan2 malah bertahun2, tapi kena ingat klau rendam lbh dari seminggu, air beras tu kena tukar baru, ni bagi elak rendaman beras busuk atau masam. Tutup rendaman dengan kain yg jarang ini supaya xde serangga atau binatang kecil yang leh masuk. Ini bagi menjaga kebersihan bedak sejuk.
  3. Bolehlah taburkan bunga melur, tanjung, dan cempaka, di dalam rendaman beras bagi aroma yang menyegarkan (ini klau ade je tau, hehe).
  4. Simpan rendaman di tempat yang mudah mendapatkan titisan embun.
  5. Lepas da ckup masa rendaman beras tu, beras akan mengembang dan wangi.
  6. Tumbuk beras hingga halus seperti tepung. macam sy, sy blend je, n xske halus sgt sbb leh buat jadi scrub jugak.. hehe..
  7. Campurkan hasil tumbukan beras tu dgn akar2 dan rempah2 berkhasiat tadi n leh cmpur air asam jawa, n kacau bg sebati.. klau mlz cm sy, sy blend sekali smue step 6 n 7 ni.. hehehe
  8. Sudah siap, boleh la titis kn dekat kain, sy guna kain batik.. hehe..
  9. Lepas tu jemur selama 3 hari sampai kering.
  10. Dah siap... :)
  11. Untuk air die, klau de daun sedunduk tadi, boleh amik daun die beberapa helai basuh dan rebus untuk dpatkn air nye.. simpan dlm peti ais ye.. thn la dlm 2 3 mggu air tu klau simpan dlm peti ais.. :)

Cara Pemakaiannya lak:
  1. Ambil beberapa butir bedak sejuk tu.
  2. Campurkan dengan sedikit air biasa atau air senduduk yg kowg da wt tu, kemudian bolehlah sapukan ke muka dan leher. Eloklah juga bg yg beragama Islam, sebelum pakai tu leh lah selawat 3x ye.. Mudah2an disembuhkan segala penyakit.. InsyaAllah, Aamiin..
  3. Kalau nak wat masker, ambil banyak skit butiran bedak sejuk tu ye baru pekat n leh jadi masker.
  4. Kalau untuk scrub lak, amik butiran bedak sejuk tu lebih skit jugak n cmpur air n gsok kat muka n urut2 lah ye, itu yg mse blend atau tmbuk beras dan bahan2nya tadi sy xske hancur sgt hehe, sbb nk bg de bji2 kcil, leh buat scrub n tanngal sel kulit mati.. hehe..
Ini bedak sejuk da siap n titis kat kain

Dah Siap (sy nye leper la tak bulat sbb terlebih air, hehehe)

Selamat Mencuba hehe..


Khamis, 30 Oktober 2014

SERUNDING DAGING DARI KELANTAN :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

 
Online Kami :) SERUNDING DAGING DARI KELANTAN :) 


Serunding Daging dari negeri Kelantan ini telah dipasarkan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.


Seperti yang kita sedia maklum, harga serunding daging di Kelantan telah naik mendadak sejak kebelakangan ini, tapi InsyaAllah kami masih boleh berikan harga yang berpatutan dengan kualiti yang terjamin.

InsyaAllah stok masih ada hingga akhir tahun ini 2014. Selain itu, kami juga masih menerima tempahan dan kuantitinya yang agak terhad. Bila ada permintaan, jadi kami akan membuat serunding daging yang baru.

Noted: 
Kami sentiasa memastikan serunding yang dijual adalah yang baru bagi menjamin kualitinya. testimoni daripada pelanggan-pelanggan kami telah mengesahkan bahawa serunding daging kami ini sedap, tidak pedas, dan tahan lama.
  



HARGA SERUNDING DAGING
       
Serunding Daging
Harga 1 Pek keatas (RM)
Harga 5 Pek keatas (RM)
Harga 10 Pek Keatas (RM)
500 G
37
-
-
1 KG
67
62
59


KOS PENGHANTARAN

Serunding Daging
Semenanjung (RM)
500 G
9
1 KG
11
5 Kg
25
10 Kg
35


Berminat???
Boleh Buat Tempahan Dahulu Kerana Stok Terhad!!!
 Cepat Sebelum Kehabisan Stok!!!



Sebarang Pertanyaan
Sila SMS/WHATAPPS KE 017-3732586